Assalamualaikum...
Akhirnya ada masa jugak untuk aku mengarang di blog cik bawang merah untuk tahun 2016 nie. Hehehe. Alhamdulillah.
Almaklumlah... kalau lihat tajuk di atas, sudah pastinya tahukan student yang tengah jalani intern nie selalunya sibuk. Tambah-tambah pulak bila ada job banyak kena siapkan dalam masa terdekat nie.
Okay, post kali nie sudah tentu memang panjang. Sebab ceritanya macam-macam benda berlaku sepanjang aku jalani latihan praktikal selama 6 bulan nie.
First of all, aku akan bagitahu yang aku buat internship nie dekat audit firm. Sebagai seorang student course akaun nie lah, kalau nak buat internship, memang better buat dekat audit firm berbanding buat dekat bank, or mana-mana company. Sebab apa? Sebabnya banyak benda boleh kita belajar dekat audit firm nie. Tambah-tambah pulak kalau buat internship dekat audit firm yang sedang-sedang sahaja. Sebab yang sedang-sedang nie selalunya akan bagi pada kita buat full set of account berbanding big company. Big company selalu bagi macam orang A buat key in sales ja, orang B buat key in purchase ja dan Orang C buat key in gaji.. macam tu laa..
Macam audit firm yang aku pilih untuk buat intership nie, dia bagi job dekat budak-budak intern untuk prepare full set of account. Di situ, kita akan tahu macam mana proses atau cara-cara kita nak prepare full set of account. Proses dari mula-mula kita kena tahu siapa client kita, company tuu buat business apa, apa accounting period dia, document apa yang perlu untuk kita key in dan sebagainya sampai laaa kita dapat confirmation dari dia, sama ada dia setuju atau tak amount yang tertera dalam balance sheet dengan statement of profit or loss tuu dan print full set of account tu untuk bagi pada client. Itu kalau buat company enterprise la kan (sole proprietorship), Kalau buat account untuk company Sdn Bhd pulak lain...lepas dia dah setuju dengan statement of profit loss dengan balance sheet, kita akan send to audit department untuk buat audit pulak.
Sekarang masuk ke bahagian pengalaman pulak. Kalau nak dibandingkan dulu masa mula-mula masuk intern kat audit firm tu dengan hari last aku intern dekat situ, memang banyak sangat lah pengalaman. Bukan setakat pengalaman nak photostat kertas ja yerr.. Haha
First tanggapan aku bila kata aku kena buat akaun masa first day tu, aku ingat just key in debit kredit untuk sales dan purchase. Tapi bila dah banyak banyak company buat, sales dan purchase nie memang susah adakalanya.. Susah macam mana tu? Susah dia macam kalau jumpak sales invoice, ada amount misalnya RM10,000 totally. Tapi dalam duit masuk bank tengok RM5,000 sahaja. Kena cari lagi balance RM5,000 tu... sama ada tanya client tu pi mana lagi RM5,000 ataupun kena tengok lah kalau ada notice kecik-kecik dekat bank statement ka kat summary duit masuk ka, mana lagi RM5,000.
Tambah pulak ada company jenis dapat customer style bayar duit pada client untuk 5, 6, or 7 sales invoice dalam satu cek. Misalnya sales invoice A, RM1000. Bila ada 5 invoice, total contohnya RM5,000. so dalam bank statement kena cari amount RM5,000 tu lah.. Kalau client buat summary kata yang cek untuk amount duit masuk adalah datang dari sales A,B,C,D.. Memang senang nak detect la dalam bank statement. Kalau client tak buat summary, jenuh la caqi satu-satu invoice mana yang tulis paid dengan no cek yang sama.. Jenuh garu pala laa...
Itu belum masuk payment untuk bil-bil air, elektik, gaji, purchase, payment untuk subcont lagi.. Subcont?
Aku dulu masa dapat account yang ada buat business subcont kan, aku taktaw yang dia bayar untuk subcont itu adalah subcont. Aku ingat bayar untuk purchase barang dia. Subcont tu adalah orang yang bukan pekerja dia.. tapi dia upah orang tu untuk tolong buat kerja-kerja dia... Aku dulu pernah wat silap. Pi key in semua invoice yang tulis description pembayaran untuk kerja-kerja memasang aircond di bla bla bla.,, masuk ke purchase. Sebab aku ingat masa belajar dulu mana ada buat subcont2 nie. Dan aku duk ingat kalau nampak ja nama orang dekat atas invoice tu maknanya semua purchase. Tak tengok dah description tu tulis apa...
Belum pening pala lagi tu masuk bil-bil air, elektrik, telephone semua tuu.. Ada company jenis style dah masuk 3 ke 4 bulan, baru nak bayar.. Tak ke jenuh nak key in dan contra balik semua bil-bil yang tertunggak tuu... Sama lah jugak dengan gaji. Gaji nie bukan takat key in gaji ja, nak kena tengok epf dia berapa, socso dia berapa.. Kalau takdak penyata gaji lagi laa, kena tengok schedule epf dan socso dia...dengan adanya caruman pekerja dan majikan pulak kan... Lagi laa pening.. Hahaha...
Itu tak termasuk lagiiiiiiii hire purchase. Benda yang memang aku meluat dari time diploma lagi.. sebab hang nak kena kira berapa installment dia, berapa deposit dia.. berapa interest on hire purchase dia.. Kena mintak aggrement hire purchase dekat client lagi.. kalau betul dia declare semua motor vehicle tu under company punya...
Haaaa..amacam? Ngeri dak lepaih baca cerita aku? Hahaha....
Belum lagi masuk bab karenah client dengan company secretary lagi... dengan boss lagi...
Okay, sekarang kita masuk bab client dulu... Client nie paham-paham jelah... Macam-macam perangai ada... Hat baik, lembut, sopan santun ja suara dia pun ada.. hat garang, suka maki-maki pun ada.. Pengalaman aku sepanjang aku intern kat audit firm nie mostly aku kena yang memang garang laa... Hahaha.
Tambah-tambah kan bila client nie taw kita nie budak intern ja yang buat akaun depa. Memang depa layan teruk laa... Tapi nak buat macam mana, mau tak mau kena la tadah kan telinga. Panas dalam hati nie pun terpaksa kena pendam, tak boleh kita nak marah-marah balik dekat depa. Sebab apa? Sebab kita nie orang bawahan ja. Budak intern pulak tuu.. Kang tak pasai-pasai kena marah dengan manager atau bos pulak.. dengan markah untuk internship dapat kosong. Mau ka macam tu? Kalau mau, silakan lah buat macam tu yerrr...
Ada budak intern duk sebelah aku, budak dari politeknik laa, diploma, dia dapat satu client nie memang jenis maki hamun 24 jam.. Maki tu bukan takat nada ja tinggi, siap kata "bodoh" lagi... Okay ulang sekali lagi. BODOH... Budak tu memang sabar saja dengan client nie. Kalau aku di tempat dia, taktaw lah.. Huhuhu...
Ouhh yaaa, ada satu pesanan aku untuk sapa-sapa
yang nak intern or nak kerja dengan audit firm nie. Kalau nak tanya
client satu-satu perkara tu. Just list dulu dalam satu kertas. Maksudnya
himpun semua dulu benda yang kita nak tanya client tuu lepas tu baru
kol tanya. Bukan apa, mostly client tak suka kita kacau dia banyak kali.
Kita masuk bab secretary company pulak. Kalau sapa yang dah ambik degree accountancy nie dan dah belajar sampai sem 6, subjek secretary company, memang akan taw yang secretary company bukan secretary yang pakai seksi-seksi duk di office, mekap tebal-tebal pakai kasut tumit tinggi yang dalam cita melayu, duk pi mengorat bos-bos depa yer.. Hahaha.. bukan yang itu.. Secretary company nie yang aku nak ceritakan nie adalah dia mana ada satu company menubuhkan orang-orang yang akan menguruskan hal-hal company macam Annual Grand Meeting (AGM), resolusi pelantikan director dan pemberhentian director, ... dan orang yang akan berurusan dengan audit firm untuk tanya pasal akaun dah siap ke belum sebelum due date of AGM, inform pada audit firm kalau ada perubahan accounting period untuk satu-satu company tuu dan lain-lain lagi laa... Kalau nak taw lagi lanjut, sila ambik degree akaun. Takpun search di google. Hahaha.
Okay, aku nak cerita bab secretary company nie kan.. Banyak client yang audit firm tempat aku praktikal nie datang dari satu secretary company nie. Sapa? Biarlah rahisa... memang cerewet gila... kejap okay. Kejap idok... Sikit-sikit nak marah.. Sapa yang buat kerja bahagian audit. Memang akan banyak kali bersemuka dengan secretary company nie. Sebab orang yang jadi auditor dekat audit firm nie memang akan kena buat step audit. Step audit tu macam nak pergi copy beberapa document penting dekat company secretary laa.. Time tu sapa yang kena buat, make sure jangan satu pun yang tertinggal or terlupa nak copy yaa... Time tu kalau terlupa ka, tertinggal ka, memang dia hingaq gilaa...
Lenguh dah jari jemari ku ini menulis... Dah berapa belas perenggan aku menulis. Ingat nak cerita pasal last day aku intern kat audit firm tu... tapi tangan dah lenguh dah.. In shaa Allah nanti dalam masa yang terdekat aku akan sambung update lagi di entry yang lain pulak yer...
Terima kasih kepada siapa yang sudi baca dari A sampai la Z. Terima kasih sangat-sangat. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.