Assalamualaikum....
Sejak dua tiga hari ini, tangan nie rasa gatal-gatal nak share macam-macam perkara yang terlintas dalam kepala nie. Kali ini pasal kenangan lama. Kenangan lama yang memang sukar untuk aku lupakan. Bila sebut pasal kenangan lama yang memang sukar untuk dilupakan nie, sudah pastinya kenangan yang memang pahit yang pernah berlaku dalam sesebuah kehidupan bukan?
Tipulah kalau ada antara kita yang memang ada kenangan pahit, tapi boleh lupakan kenangan pahit itu dengan mudahnya. Melainkan orang itu robot. Bukan manusia. Haha. Sesungguhnya bila sesuatu kenangan pahit itu pernah menyinggah dalam diari kehidupan kita, kita pasti rasa alangkah bahagianya kita kalau dapat jadi macam robot. Robot yang tidak mempunyai sebarang perasaan. Perasaan sakit hati, kecewa, sedih, marah dan sebagainya.
Aku pernah ada kenangan pahit yang memang aku nak sangat padam dalam ingatan. Pernah terlintas dalam fikiran aku untuk berdoa kepada Dia, meminta aku akan hadapi hilang ingatan. Yang hanya aku ingat zaman sebelum aku ada kenangan pahit sahaja. Dengan harapan, aku takkan terasa terkenang kembali kenangan pahit itu.
Sampai sekarang aku cuba untuk melupakan. Yess...Berjaya.. Berjaya lupakan kenangan itu bila sibukkan diri dengan kerja.. Tapi bila ada masa duduk berseorangan, akan terkenang kembali kenangan yang pahit itu. Kenangan yang aku sebutkan ini adalah kenangan bersama dengan orang yang pernah aku "sayang" dulu. Hahaha..
Kenapa aku tulis ada perkataan sayang tapi letak tanda (")? Sebab sekarang aku sedar yang "sayang" itu sebenarnya perasaan untuk orang yang bodoh sahaja. Orang yang sepatutnya mengenal "sayang" itu sebenarnya palsu dari dulu lagi. Orang yang macam aku. Orang yang tidak mempunyai kelebihan macam perempuan-perempuan lain di luar sana.
Kelebihan apa? Kelebihan kecantikan yang tiada tandingan. Cantik yang macam mana? Cantik dari segi rupa paras. Kulit yang gebu, putih, mata yang cantik, hidung mancung, gigi yang putih dan sama bersusun-susun elok rapi, bibir yang cantik. Bak kata orang lelaki, yang sedap dipandang.
Emak aku pernah mengatakan pada aku suatu masa dulu. "Rupa macam hang, sapa yang nak? Orang yang nak kat hang maybe orang itu buta. Orang yang tidak tahu menilai mana satu cantik, mana satu tidak". Pada masa itu dalam hati aku berbisik, " it's okay mak, mak tengoklah suatu hari nanti.. Akan ada orang yang nak dekat anak dia nie.."
Tapi.. after aku pernah break up dengan someone... Hati dan mata aku terbukak luas. Saat itu aku sedar yang apa yang mak aku cakapkan itu betul. Betul sangat-sangat. Dan dari situ, aku tanamkan dalam diri yang aku akan tutup rapat-rapat pintu hati ini agar takkan lagi rasa perasaan "cinta bodoh" itu. Sebab itu lah, aku mengidamkan rumah untuk aku sendiri, dengan hasil titik peluh sendiri, dengan sebuah kereta mini coopper seperti dalam post aku yang lepas-lepas itu dengan harapan, bila aku dah dapat memiliki rumah sendiri dan kereta sendiri, aku takkan dah berasa yang aku akan perlukan seorang lelaki dalam hidupku untuk sara kehidupan di hari yang akan datang sehingga akhir hayat aku..
Yaa..aku tahu bila kita berhajat untuk hidup seorang tanpa perlukan sebuah perkahwinan adalah salah di sisi agama Islam, kerana berkahwin itu adalah sunnah nabi. Tapi setelah kejadian pahit itu berlaku, dan mak aku pun pernah mengatakan perkara yang sama, apa lagi yang aku perlu harapkan dari sebuah perkahwinan.
Aku taknak lagi menaruh harapan yang tinggi macam dahulu. Kerna, bila aku menaruh harapan yang sangat tinggi, aku akan mudah patah hati, mudah kecewa, mudah sedih, mudah pasrah bila harapan yang aku bina itu tidak menjadi kemudiannya...
Cukuplah hanya sekali sahaja harapan yang aku bina sebelum ini. Harapan yang tidak menjadi kenyataan ini membuat aku pernah rasa nak bunuh diri, rasa nak gila. rasa nak buat perkara yang teruk. Aku tak kuat untuk hadapi kali yang kedua... kerana aku tidak tahu sejauh mana aku akan jadi teruk bila kali kedua jadi seperti yang pertama.
Semua orang tahu bahawa sebenarnya kita sendiri yang lebih memahami diri sendiri berbanding orang lain. Kita sendiri tahu apa kebaikan kita.. dan apa keburukan kita... Dan kita tahu apa yang baik untuk kita dan apa yang buruk untuk kita....
Apa yang aku harapkan.. moga impian yang aku idamkan akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.. dan di saat itu bila ia tiba, aku pasti kenangan pahit itu takkan lagi mengganggu aku.. Aminn...