Jom Naik Gi Jalan2... :)

Jom Naik Gi Jalan2...  :)

Saturday, 30 January 2016

Kisahku sepanjang intern di audit firm

Assalamualaikum... 

Akhirnya ada masa jugak untuk aku mengarang di blog cik bawang merah untuk tahun 2016 nie. Hehehe. Alhamdulillah.

Almaklumlah... kalau lihat tajuk di atas, sudah pastinya tahukan student yang tengah jalani intern nie selalunya sibuk. Tambah-tambah pulak bila ada job banyak kena siapkan dalam masa terdekat nie.

Okay, post kali nie sudah tentu memang panjang. Sebab ceritanya macam-macam benda berlaku sepanjang aku jalani latihan praktikal selama 6 bulan nie.

First of all, aku akan bagitahu yang aku buat internship nie dekat audit firm. Sebagai seorang student course akaun nie lah, kalau nak buat internship, memang better buat dekat audit firm berbanding buat dekat bank, or mana-mana company. Sebab apa? Sebabnya banyak benda boleh kita belajar dekat audit firm nie. Tambah-tambah pulak kalau buat internship dekat audit firm yang sedang-sedang sahaja. Sebab yang sedang-sedang nie selalunya akan bagi pada kita buat full set of account berbanding big company. Big company selalu bagi macam orang A buat key in sales ja, orang B buat key in purchase ja dan Orang C buat key in gaji.. macam tu laa..

Macam audit firm yang aku pilih untuk buat intership nie, dia bagi job dekat budak-budak intern untuk prepare full set of account.  Di situ, kita akan tahu macam mana proses atau cara-cara kita nak prepare full set of account. Proses dari mula-mula kita kena tahu siapa client kita, company tuu buat business apa, apa accounting period dia, document apa yang perlu untuk kita key in dan sebagainya sampai laaa kita dapat confirmation dari dia, sama ada dia setuju atau tak amount yang tertera dalam balance sheet dengan statement of profit or loss tuu dan print full set of account tu untuk bagi pada client. Itu kalau buat company enterprise la kan (sole proprietorship), Kalau buat account untuk company Sdn Bhd pulak lain...lepas dia dah setuju dengan statement of profit loss dengan balance sheet, kita akan send to audit department untuk buat audit pulak.

Sekarang masuk ke bahagian pengalaman pulak. Kalau nak dibandingkan dulu masa mula-mula masuk intern kat audit firm tu dengan hari last aku intern dekat situ, memang banyak sangat lah pengalaman. Bukan setakat pengalaman nak photostat kertas ja yerr.. Haha

First tanggapan aku bila kata aku kena buat akaun masa first day tu, aku ingat just key in debit kredit untuk sales dan purchase. Tapi bila dah banyak banyak company buat, sales dan purchase nie memang susah adakalanya.. Susah macam mana tu? Susah dia macam kalau jumpak sales invoice, ada amount misalnya RM10,000 totally. Tapi dalam duit masuk bank tengok RM5,000 sahaja. Kena cari lagi balance RM5,000 tu... sama ada tanya client tu pi mana lagi RM5,000 ataupun kena tengok lah kalau ada notice kecik-kecik dekat bank statement ka kat summary duit masuk ka, mana lagi RM5,000. 

Tambah pulak ada company jenis  dapat customer style bayar duit pada client untuk 5, 6, or 7 sales invoice dalam satu cek. Misalnya sales invoice A, RM1000. Bila ada 5 invoice, total contohnya RM5,000. so dalam bank statement kena cari amount RM5,000 tu lah.. Kalau client buat summary kata yang cek untuk amount duit masuk adalah datang dari sales A,B,C,D.. Memang senang nak detect la dalam bank statement. Kalau client tak buat summary, jenuh la caqi satu-satu invoice mana yang tulis paid dengan no cek yang sama.. Jenuh garu pala laa... 

Itu belum masuk payment untuk bil-bil air, elektik, gaji, purchase, payment untuk subcont lagi.. Subcont? 
Aku dulu masa dapat account yang ada buat business subcont kan, aku taktaw yang dia bayar untuk subcont itu adalah subcont. Aku ingat bayar untuk purchase barang dia. Subcont tu adalah orang yang bukan pekerja dia.. tapi dia upah orang tu untuk tolong buat kerja-kerja dia... Aku dulu pernah wat silap. Pi key in semua invoice yang tulis description pembayaran untuk kerja-kerja memasang aircond di bla bla bla.,, masuk ke purchase. Sebab aku ingat masa belajar dulu mana ada buat subcont2 nie. Dan aku duk ingat kalau nampak ja nama orang dekat atas invoice tu maknanya semua purchase. Tak tengok dah description tu tulis apa... 

Belum pening pala lagi tu masuk bil-bil air, elektrik, telephone semua tuu.. Ada company jenis style dah masuk 3 ke 4 bulan, baru nak bayar.. Tak ke jenuh nak key in dan contra balik semua bil-bil yang tertunggak tuu... Sama lah jugak dengan gaji. Gaji nie bukan takat key in gaji ja, nak kena tengok epf dia berapa, socso dia berapa.. Kalau takdak penyata gaji lagi laa, kena tengok schedule epf dan socso dia...dengan adanya caruman pekerja dan majikan pulak kan... Lagi laa pening.. Hahaha...

Itu tak termasuk lagiiiiiiii hire purchase. Benda yang memang aku meluat dari time diploma lagi.. sebab hang nak kena kira berapa installment dia, berapa deposit dia.. berapa interest on hire purchase dia.. Kena mintak aggrement hire purchase dekat client lagi.. kalau betul dia declare semua motor vehicle tu under company punya...   

Haaaa..amacam? Ngeri dak lepaih baca cerita aku? Hahaha....

Belum lagi masuk bab karenah client dengan company secretary lagi... dengan boss lagi... 

Okay, sekarang kita masuk bab client dulu... Client nie paham-paham jelah... Macam-macam perangai ada... Hat baik, lembut, sopan santun ja suara dia pun ada.. hat garang, suka maki-maki pun ada.. Pengalaman aku sepanjang aku intern kat audit firm nie mostly aku kena yang memang garang laa... Hahaha.
Tambah-tambah kan bila client nie taw kita nie budak intern ja yang buat akaun depa. Memang depa layan teruk laa... Tapi nak buat macam mana, mau tak mau kena la tadah kan telinga. Panas dalam hati nie pun terpaksa kena pendam, tak boleh kita nak marah-marah balik dekat depa. Sebab apa? Sebab kita nie orang bawahan ja. Budak intern pulak tuu.. Kang tak pasai-pasai kena marah dengan manager atau bos pulak.. dengan markah untuk internship dapat kosong. Mau ka macam tu? Kalau mau, silakan lah buat macam tu yerrr...  

Ada budak intern duk sebelah aku, budak dari politeknik laa, diploma, dia dapat satu client nie memang jenis maki hamun 24 jam.. Maki tu bukan takat nada ja tinggi, siap kata "bodoh" lagi... Okay ulang sekali lagi. BODOH... Budak tu memang sabar saja dengan client nie. Kalau aku di tempat dia, taktaw lah.. Huhuhu...

Ouhh yaaa, ada satu pesanan aku untuk sapa-sapa yang nak intern or nak kerja dengan audit firm nie. Kalau nak tanya client satu-satu perkara tu. Just list dulu dalam satu kertas. Maksudnya himpun semua dulu benda yang kita nak tanya client tuu lepas tu baru kol tanya. Bukan apa, mostly client tak suka kita kacau dia banyak kali.
 Kita masuk bab secretary company pulak. Kalau sapa yang dah ambik degree accountancy nie dan dah belajar sampai sem 6, subjek secretary company, memang akan taw yang secretary company bukan secretary yang pakai seksi-seksi duk di office, mekap tebal-tebal pakai kasut tumit tinggi yang dalam cita melayu, duk pi mengorat bos-bos depa yer.. Hahaha.. bukan yang itu.. Secretary company nie yang aku nak ceritakan nie adalah dia mana ada satu company menubuhkan orang-orang yang akan menguruskan hal-hal company macam Annual Grand Meeting (AGM), resolusi pelantikan director dan pemberhentian director, ... dan orang yang akan berurusan dengan audit firm untuk tanya pasal akaun dah siap ke belum sebelum due date of AGM, inform pada audit firm kalau ada perubahan accounting period untuk satu-satu company tuu dan lain-lain lagi laa... Kalau nak taw lagi lanjut, sila ambik degree akaun. Takpun search di google. Hahaha.

Okay, aku nak cerita bab secretary company nie kan.. Banyak client yang audit firm tempat aku praktikal nie datang dari satu secretary company nie. Sapa? Biarlah rahisa... memang cerewet gila... kejap okay. Kejap idok... Sikit-sikit nak marah.. Sapa yang buat kerja bahagian audit. Memang akan banyak kali bersemuka dengan secretary company nie. Sebab orang yang jadi auditor dekat audit firm nie memang akan kena buat step audit. Step audit tu macam nak pergi copy beberapa document penting dekat company secretary laa.. Time tu sapa yang kena buat, make sure jangan satu pun yang tertinggal or terlupa nak copy yaa... Time tu kalau terlupa ka, tertinggal ka, memang dia hingaq gilaa... 

Lenguh dah jari jemari ku ini menulis... Dah berapa belas perenggan aku menulis. Ingat nak cerita pasal last day aku intern kat audit firm tu... tapi tangan dah lenguh dah.. In shaa Allah nanti dalam masa yang terdekat aku akan sambung update lagi di entry yang lain pulak yer... 

Terima kasih kepada siapa yang sudi baca dari A sampai la Z. Terima kasih sangat-sangat. Selamat malam semua..  Assalamualaikum.

Saturday, 5 December 2015

Aku Bukan Anak Orang Kaya

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak cerita sikit laa.. Pasal life aku. Selalu bila orang taw atau tanya aku tinggal di mana, bila aku jawab aku tinggal di ***, sure orang terkejut. Orang akan kata aku nie anak orang kaya. Yer... memang aku akui, aku tinggal di kawasan perumahan yang jiran-jiran aku ada rumah mewah, kereta mewah.. Tapi tak semestinya aku tinggal di kawasan perumahan tuu tanda aku pun anak orang kaya.

Tengok rumah aku sendiqi dah laa... Lain dari lain.. Macam rumah orang tak berpenghuni.. Hahaha.. Awat aku cakap macam tu? Sebab rumah aku luar dia..takdak pokok lawa2.. ada satu dua ja.. Dulu ada pokok puding berpuluh-puluh jenis.. tapi semua habis mampuih... Kena penyakit.. Pokok pun ada penyakit macam orang jugak taw. Jangan wat main-main.. Hahaha... 

Jangan kata pokok, pagar pun takdak.. Sampai anjing jiran depan rumah pernah terlepas masuk kawasan kediaman rumah aku.. Ish..ish..teruk kan.... Haha.. Tak tengok lagi dinding luar rumah dengan bumbung ada jugak bocor.. sampai bilik aku pun dah ada lubang-lubang kat siling..Mai hujan lebat sure basah lantai bilik. 

Aku habaq semua nie bukan sebab aku nak heboh satu dunia semua cacat cela rumah aku. atau nak kata aku nie hidup teruk sangat. Tapi habaq sebab geram. Geram bila orang assume aku nie hidup macam princess. Kalau aku nie hidup macam princess, takdak lah rumah yang aku duk sekarang nie. Mesti 3 4 tingkat.. Tak gitu? Haha.

Handset yang aku pakai la nie pun mesti la iphone kalau betoi aku nie kaya raya.. Phone pun ada orang bagi.Orang bagi sebab dapat lucky draw. Tak dapat tu.. memang sampai la nie duk pakai fon keypad tu.. 
Hahaha... Belum tengok aku makan lg. Aku paling2 busuk makan dekat restoran mewah pun chicken rice shop. Itupun sekali. Yang banyak kali..kfc jelah.. Macdonald? Dah lama stop mkn or beli before satu Malaysia boikot secara besar-besaran lagi. Rasanya dah 2 tahun lebih tak makan Mekdi tuu.. 

Yang orang makan la nie dip n dip, blackwood laa apa ntah lagi tuu.. jgn kata tak pernah mkn... Jejak kaki pun dak.. Secret recipe ja sejak praktikal nie 2 kali beli kek dia.. Pakai duit elaun sendiri. Sebab nak celebrate birthday mak aku ngan anniversary parent memandangkan sebelum2 ini nak celebrate tapi takdak duit nak beli kek. Al maklumlah.. anak pakai duit mak ayah. So dpt duit pun cukup2 untuk makan minum sehari2 time belajar nie. Sebelum praktikal tu ada sekali dua la pernah mkn kek dia.. tapi jarang sgt lahh... 

Nampak ja kan di luar, duk umah area org kaya.. Tapi life mcm orang duk kampung. Bukan nak kata aku tak puas hati dengan life aku sekarang. Aku lagi bersyukur ada laa.. Tak dapat nak bayang kalau mak abah aku nie tak strict orangnya. Tak control kewangan aku. Bagi ja apa yang aku nak.. Beli itu ini.. Aku rasa sure diri aku lingkup. Mesti dalam simpanan aku kosong. Habuk ja ada.

Sebenarnya apa yang aku nak tekankan di sini. Tak semua orang hidup di rumah area orang yang berada amalkan gaya hidup pun macam orang berada. Ada ja sesetengah orang style hidup biasa2 jaa.. Maybe hampa pikir macam tu sebab hampa tak pernah jumpak orang macam tu lagi di depan hampa kot. Bak kata omputih "Don't Judge Book By Its Cover?".

Bila style hidup di luar dan di dalam berbeza, pasti ada sebabnya. Macam aku, parent boleh saja nak bagi itu ini.. Tapi dia nak aku tahu macam mana susahnya nak dapat duit tu. Dan bukan mudah kita nak hidup dekat dunia la nie yang harga barang dan makan minum pun dah makin naik. Kalau orang yang hidup 20 lebih ke atas.. rasanya boleh nampak kot bezanya life dulu dan sekarang. Contoh macam nasi lemak daun pisang tu.. Dulu 50 sen, 30 sen jaa.. sekarang dah seringgit lebih. Taktaw la tahun depan naik berapa kupang pulak....


Ingat yaa... Jangan dah assume aku nie orang kaya.. Kalau cakap macam tu.. siap la.. Aku cabai mulut tu dengan cabai melaka.. Ada paham?? Aku serius nie.. 

Okay... setakat nie saja penulisan dari cik bawang merah. Hehe.. Good Night World. :)

Saturday, 14 November 2015

Dendam Bukan Penyelesaian Yang Baik

Assalamualaikum...

Rasanya semua orang dah tengok kan berita kat tv or baca dekat newspaper atau baca dekat internet pasal kekecohan kat Paris kan?  Kekecohan yang bermula di Bataclan pada hari malam Jumaat. Time tu ramai orang duk tengok konsert kumpulan dari California.

Dalam kejadian tu ramai orang dalam ratus-ratusan jadi tebusan. After tu dapat diselamatkan. Yang pasti, dalam 70 orang macam tu mati terkorban akibat serangan tembakan dari kumpulan penambak itu.

Aku baca di harian metro mengatakan ada saksi terdengar ada penembak nie kata "This is for Syria". Sampai sekarang still dalam siasatan sama ada betul ke tak orang yang buat nie datang dari Syria.

Bagi pendapat aku la kann, mustahil ini angkara orang Syria. Sebabnya orang Syria rata-ratanya orang Islam. Mustahil orang Islam buat semua nie. Sebab Islam tak ajar umatnya  lakukan pembunuhan nie. Bukan setakat Islam. Malah agama lain pun aku rasa macam tu. Tak ajar kita untuk bermusuhan antara satu sama lain.

Dunia sekarang dah tak aman. Dulu Palestin, Gaza, Iraq, Syria. Sekarang Paris pulak. Dah terlalu banyak dengar berita perang sana.. perang sini... For Malaysian, apa yang aku harapkan kita jadikan ini pengajaran untuk kita. Jangan jadi seperti penembak kt Paris tu. Tanpa pikir panjang, tembak sesuka hati orang awam.
Ingat... kalau nak balas dendam pun, ini bukan caranya. Sebab ini jadikan diri hampa tiada berperikemanusiaan langsung.

Bila kita nak balas dendam terhadap orang lain atas sesuatu perkara, kita tanya dalam diri kita dulu sebelum nak balas dendam tu. "Kalau aku balas dendam macam nie kat orang tu, adakah aku akan sangat rasa tenang dalam hati selepas itu?".

Fikir-fikirkan. Tanya diri, nilai diri, sendiri yang tahu hati sendiri. :)

Assalamualaikum dan selamat malam.

Friday, 30 October 2015

Forever alone. Nothing could change that.

Assalamualaikum....

Sejak dua tiga hari ini, tangan nie rasa gatal-gatal nak share macam-macam perkara yang terlintas dalam kepala nie. Kali ini pasal kenangan lama. Kenangan lama yang memang sukar untuk aku lupakan. Bila sebut pasal kenangan lama yang memang sukar untuk dilupakan nie, sudah pastinya kenangan yang memang pahit yang pernah berlaku dalam sesebuah kehidupan bukan? 

Tipulah kalau ada antara kita yang memang ada kenangan pahit, tapi boleh lupakan kenangan pahit itu dengan mudahnya. Melainkan orang itu robot. Bukan manusia. Haha. Sesungguhnya bila sesuatu kenangan pahit itu pernah menyinggah dalam diari kehidupan kita, kita pasti rasa alangkah bahagianya kita kalau dapat jadi macam robot. Robot yang tidak mempunyai sebarang perasaan. Perasaan sakit hati, kecewa, sedih, marah dan sebagainya. 

Aku pernah ada kenangan pahit yang memang aku nak sangat padam dalam ingatan. Pernah terlintas dalam fikiran aku untuk berdoa kepada Dia, meminta aku akan hadapi hilang ingatan. Yang hanya aku ingat zaman sebelum aku ada kenangan pahit sahaja. Dengan harapan, aku takkan terasa terkenang kembali kenangan pahit itu. 

Sampai sekarang aku cuba untuk melupakan. Yess...Berjaya.. Berjaya lupakan kenangan itu bila sibukkan diri dengan kerja.. Tapi bila ada masa duduk berseorangan, akan terkenang kembali kenangan yang pahit itu. Kenangan yang aku sebutkan ini adalah kenangan bersama dengan orang yang pernah aku "sayang" dulu. Hahaha.. 

Kenapa aku tulis ada perkataan sayang tapi letak tanda (")? Sebab sekarang aku sedar yang "sayang" itu sebenarnya perasaan untuk orang yang bodoh sahaja. Orang yang sepatutnya mengenal "sayang" itu sebenarnya palsu dari dulu lagi. Orang yang macam aku. Orang yang tidak mempunyai kelebihan macam perempuan-perempuan lain di luar sana. 

Kelebihan apa? Kelebihan kecantikan yang tiada tandingan. Cantik yang macam mana? Cantik dari segi rupa paras. Kulit yang gebu, putih, mata yang cantik, hidung mancung, gigi yang putih dan sama bersusun-susun elok rapi, bibir yang cantik. Bak kata orang lelaki, yang sedap dipandang. 

Emak aku pernah mengatakan pada aku suatu masa dulu. "Rupa macam hang, sapa yang nak? Orang yang nak kat hang maybe orang itu buta. Orang yang tidak tahu menilai mana satu cantik, mana satu tidak". Pada masa itu dalam hati aku berbisik, " it's okay mak, mak tengoklah suatu hari nanti.. Akan ada orang yang nak dekat anak dia nie.." 

Tapi.. after aku pernah break up dengan someone... Hati dan mata aku terbukak luas. Saat itu aku sedar yang apa yang mak aku cakapkan itu betul. Betul sangat-sangat. Dan dari situ, aku tanamkan dalam diri yang aku akan tutup rapat-rapat pintu hati ini agar takkan lagi rasa perasaan "cinta bodoh" itu. Sebab itu lah, aku mengidamkan rumah untuk aku sendiri, dengan hasil titik peluh sendiri, dengan sebuah kereta mini coopper seperti dalam post aku yang lepas-lepas itu dengan harapan, bila aku dah dapat memiliki rumah sendiri dan kereta sendiri, aku takkan dah berasa yang aku akan perlukan seorang lelaki dalam hidupku untuk sara kehidupan di hari yang akan datang sehingga akhir hayat aku..

Yaa..aku tahu bila kita berhajat untuk hidup seorang tanpa perlukan sebuah perkahwinan adalah salah di sisi agama Islam, kerana berkahwin itu adalah sunnah nabi. Tapi setelah kejadian pahit itu berlaku, dan mak aku pun pernah mengatakan perkara yang sama, apa lagi yang aku perlu harapkan dari sebuah perkahwinan. 
Aku taknak lagi menaruh harapan yang tinggi macam dahulu. Kerna, bila aku menaruh harapan yang sangat tinggi, aku akan mudah patah hati, mudah kecewa, mudah sedih, mudah pasrah bila harapan yang aku bina itu tidak menjadi kemudiannya... 

Cukuplah hanya sekali sahaja harapan yang aku bina sebelum ini. Harapan yang tidak menjadi kenyataan ini membuat aku pernah rasa nak bunuh diri, rasa nak gila. rasa nak buat perkara yang teruk. Aku tak kuat untuk hadapi kali yang kedua... kerana aku tidak tahu sejauh mana aku akan jadi teruk bila kali kedua jadi seperti yang pertama.

Semua orang tahu bahawa sebenarnya kita sendiri yang lebih memahami diri sendiri berbanding orang lain. Kita sendiri tahu apa kebaikan kita.. dan apa keburukan kita... Dan kita tahu apa yang baik untuk kita dan apa yang buruk untuk kita....

Apa yang aku harapkan.. moga impian yang aku idamkan akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.. dan di saat itu bila ia tiba, aku pasti kenangan pahit itu takkan lagi mengganggu aku.. Aminn...
 

Wednesday, 28 October 2015

Hakikatnya, Aku Harus Akui Yang Aku...

Sesekali bila aku log in fb, ternampak member post di fb, pasal kejayaan dia dalam akademik. Kejayaan kerana dapat tamatkan pelajaran dalam ijazah sarja muda bla bla bla... 

Then scroll ke bawah lagi, nampak member yang lain pulak post pasal dia dah nak kawen....

Then scroll ke bawah lagi, ternampak member yang lain pulak post pasal dia dah beranak..

Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya, bila saat log in fb, then ternampak post-post sebegini, Ya Allah, bestnyaaa.. tengok member-member aku bahagia dengan kejayaan masing-masing.. Bahagia dapat mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing. Bahagia dapat mempunyai sebuah keluarga yang baru...

Kadang-kadang dalam hati nie, pernah terdetik.. "Ehhh, macam tak percaya jaa, yang kawan sebaya dengan aku dah habis belajar, dah nak kerja.. Dah nak kawen, dah ada anak.. Dah boleh jadi mak bapak dah.."

Rasa macam baru umur belasan tahun lagi... tapi realitinya, umur aku dah pun 20 something.. Huhu.. So tak boleh nak sangkal lagi, yang alam ke arah kedewasaan, kekeluargaan semakin dekat dengan aku sebenarnya.. Yaaa, hakikatnya, aku harus akui yang aku dah tergolong dalam kategori orang yang "dewasa" itu.. Huhu

Apa yang aku maksudkan, alam ke arah kedewasaan dan kekeluargaan nie maknanya orang itu dah kena lalui tahap apa yang mak ayah kita duk lalui dan hadapi sekarang nie. Kena pikir pasal kerja, kena pikir macam mana nak rancang kewangan kita supaya stabil in the future.. kena pikir pasal "kahwin". Oppsss..

Tapi bab kahwin tu... errrr.....maaf, yang tu aku memang takleh nak terima dalam life aku lagi. Sebab?
Sebabnya..... panjang cerita dia.. hahahaha... okay, tolak ketepi bab kahwin tuu.

Dah sampai masanya orang yang macam aku nie dah 20 lebih nie, dah kena serabutkan kepala otak untuk plan bila aku nak kerja.. Bila aku nak kerja tetap? Bila aku nak kumpul duit beli rumah? Bila aku nak kumpul duit beli kereta? Bila aku nak kumpul duit untuk sara mak bapa? Bila nak bersara?

Ehhh.. perlu ka nak plan bila nak bersara? Hellllooo, kena plan okay! KENA!!! Why??  Kalau hampa tak plan bila nak bersara, then macam mana nak bersara? 

Tak paham?

Okay, macam nie...  bila kita dah start kerja tetap.. kita kena plan bila kita nak pencen. Misalnya macam nie, contohnya, aku kata dalam hati aku yang aku nak pencen umor 45 tahun macam tuu.. sebabnya tak larat nak kerja lama2..stresskan kepala otak lama2... nak rehat sampai ke tua...  Okay, boleh.. tapi kena buat sesuatu la nak pencen time umur 45 tahun tu.. Kena la save duit start dari first year kerja tetap tu sampai la last year hampa decide nak pencen tuu.. Why nak kena save pulak? Hampa ingat dengan duit pencen setiap bulan ja cukup untuk hampa makan minum setiap hari? Cukup untuk tampung kehidupan hampa after dah pencen? UNLESS kalau hampa anak datuk datin seri ke tak seri tuu... Itu 7 keturunan pun tak habis tawww... 

Itu sebab kena plan bila nak pencen. Cuba kalau tak plan.. mai time dah tak larat.. sakit itu ini, nak pencen, tapi tengok saving dalam bank, Allahu... cukup tahan sebulan ja... terpaksa kena kerja jugak... Sampai bila kan kita nak kerja kan??? Unless kalau hampa memang betoi-betoi gila kerja sampai tak ingat dunia.. Itu taktaw nak kata apa dah laa.... Hahaha..

Okaylah.. sampai sini saja coretan dari aku, cik bawang merah..hehe.. (Jgn marahh...)
Assalamualaikum... ;)




Sunday, 4 October 2015

Judge Boleh Membawa Padah

Assalamualaikum...
Sekarang cuaca di luar teruk... Banyak jerebu.. Banyakkan minum air kosong taw & kurangkan aktiviti di luar rumah....

Okay.. this time hanis nak kongsi sikit pasal "judge". Menilai orang dari luar.. For me, I think nowadays ramai yang suka judge orang. Especially dekat laman sosial macam Facebook, Instagram, Twitter & Wechat... Dah jadi habit dah sekarang nie. If there are something goes wrong, mesti akan ada banyak komen-komen yang negative...  I know memang sometimes apa yang orang komen tu adakalanya betul.. but kalau pikir-pikir balik la kan, better you silent that judge orang lain. Why? Because... when you judge secara publicly, you should know that orang yang kena judge dgn you mesti akan malu.. Tambah-tambah lagi bila you cakap dgn kata-kata yang agak kasar. Sudah pasti orang tu memang akan terasa sangat malu. Why not you try think and feel macam mana kalau you di tempat dia? Mesti malu jugak kan? Nak judge tu boleh, tapi ada caranya...

Misalnya macam nie. Bila ada orang buat something yang you rasa benda tu salah and you patut rasa tegur dia, why not you pergi jumpa dia secara depan-depan and try talk slowly dengan dia secara berdua without anyone else notice about this conversation.  Terserah pada dia kalau dia nak terima atau tak teguran you. At least you dah tegur kan... Lepas dah tanggungjawab you kalau di akhirat nanti you kena soal knapa you tak tegur dia..

With this way, you pun dah tegur dengan baik and dia pun tak terasa malu. Cuba kalau you tegur orang yang memang pantang ditegur di hadapan orang lain secara public. Pendek kata orang yang memang suka nak balas balik apa yang you dah buat dekat dia. Silap haribulan you pun dapat malu jugak. Entah-entah lagi besar malu yang  you dapat dari yang dia dapat after you tegur dia..

For those people who read this, you should know that I really love you as a friend.. I don't want you cause some trouble and you will get more trouble. No trouble more loves okay!
Sorry kalau apa yang hanis cakap ini terlalu kasar.. :)


Lots of Love,
Cik Bawang Merah

Sunday, 23 August 2015

My Dreams In The Future

Assalamualaikum w.b.t.

Di hari yang sekejap mendung sekejap panas ini, aku nak share sebuah cerita. Cerita tentang impian aku, angan-angan aku pada masa hadapan... Angan-angan yang harap akan menjadi realiti dalam hidupku suatu hari  nanti... Aminnn..

First aku punya impian adalah mempunyai kerja tetap dengan gaji yang agak lumayan laa.. Sapa yang tak nak gaji yang lumayan kan?? Hehe... Bila sebut jaa gaji yang lumayan, semua orang akan terbayang $$$$$ dalam kotak pikiran masing-masing... Ye idok??  Baik ngaku cepat!!!.. Haha..
  Okay...for me, kalau ada gaji yang lumayan cikit, bolelah nak pasang angan-angan yang kedua iaitu nak beli asset yang paling penting bagi semua orang.. Angan-angan aku yang kedua ialah.. nak beli rumah sendiri...
Ohoooiiiiii, sapa yang tak nak rumah sendiqi oiii!!!! Aku sendiqi pun nak rumah.. Rumah untuk berehat, bersantai, tidoq ( semestinya) , memasak,... macam-macam lagi laa boleh wat dekat rumah. Aku punya impian kan, kalau dapat rumah...nak rumah yang macam nie.

 Jeng..jeng..jeng...

Bukan main besar angan-angan aku kan? Hehehe.. Nie contoh gambar aku cilokk dari google.. Ni contoh rumah yang memang aku duk idam-idamkan sejak 2 tahun lepas... Yang paling penting, dalam rumah tu.. Angan-angan dapat rumah dapur besaq gedabak dan luasss.... Contohnya macam gambar kat bawah ni.


 Haaaaa..Nampak takk bukan main berangan lagi aku nak dapur macam nie.. Cuma kabinet kecik tengah-tengah dalam gambaq tu, aku nak yang lebih besaq lagi supaya dapat breakfast kat situ..and satu lagi dapat wat kerja nak memotong buah ka, sayur ka nak prepare bahan-bahan untuk masak... Chewahh... kemain lagi kan aku nie.. Impian sampai ke langit...  Ni lah benda paling utama aku nak, bila dah dapat umah sebuah kat aku... 

Second thing aku nak dalam umah is bilik air macam kat hotel-hotel tuu... Bilik air yang kering, takdak basah-basah lantai... Especially bilik air dalam bilik tidur aku laa kan...


Okay, kita pergi ke seterusnya.. Ketiga, benda penting aku nak bila dah ada umah sebijik, aku nakkan sebuah bilik untuk letak baju aku, beg aku, kasut, tudung..segala mak nenek laa.. macam wardrobe room or closet..


Next plan when aku dah dapat umah is sebuah bilik untuk aku wat kerja dan untuk aku nak read apa-apa buku..




 

Lepas tu, aku nak satu kitchen coffee bar dekat tingkat atas di tengah-tengah antara satu bilik dengan satu bilik yang lain. Dengan kitchen coffee bar, takyah dah lagi nak turun naik tangga wat air tengah-tengah malam kan... 

 

 Nampak tak.. habih satu rumah aku plan nak wat itu ini sedangkan kerja pun dak lagi nie, rumah pun tak dapat lagi beli.. Punya angan-angan aku nie seluas lautan yang entah dapat diterokai semua ke tak nie.. huhu..

 Itu baru rumah... Belum lagi masuk impian yang ketiga..  Impian aku yang ketiga adalah memiliki sebuah kereta. Kereta yang memang aku minat dari dulu sampai sekarang. Kereta import okay!!






Ni diaa kereta idaman gua.. Mini cooper john cooper works. Yang paling penting kereta tu warna merah. My favourite colour. Sebab tu aku namakan blog ni, cik bawang merah.. Hehehe... Nampak ja kereta ni kat mana-mana, sure aku pandang sampai hilang pada pandangan aku.. Punya obsess la aku dengan kereta ni.. 
Harga dia pun mencecah ratusan ribu ringgit kalau tak silap aku laa kan.. Entah bila la nak merasa miliki kereta macam nie pun tak tau laahh.. Huhu 

Setakat ni jelah angan-angan yang aku bina masa nie. Nak ada kerja tetap yang bagus, nak ada rumah dengan lengkap bermacam-macam benda.. dan jugak sebuah kereta... Tak salahkan aku nak berangan macam nie... Ada banyak sebab sebenarnya bila aku bina angan-angan macam nie.. Sebabnya tak leh nak ceritakanlah kat sini.. Hehe.. Sorry.. Hanya Allah saja yang tahu apa isi hatiku... 

Oklah..bye.. Assalamualaikum..