Jom Naik Gi Jalan2... :)

Jom Naik Gi Jalan2...  :)

Sunday, 23 August 2015

My Dreams In The Future

Assalamualaikum w.b.t.

Di hari yang sekejap mendung sekejap panas ini, aku nak share sebuah cerita. Cerita tentang impian aku, angan-angan aku pada masa hadapan... Angan-angan yang harap akan menjadi realiti dalam hidupku suatu hari  nanti... Aminnn..

First aku punya impian adalah mempunyai kerja tetap dengan gaji yang agak lumayan laa.. Sapa yang tak nak gaji yang lumayan kan?? Hehe... Bila sebut jaa gaji yang lumayan, semua orang akan terbayang $$$$$ dalam kotak pikiran masing-masing... Ye idok??  Baik ngaku cepat!!!.. Haha..
  Okay...for me, kalau ada gaji yang lumayan cikit, bolelah nak pasang angan-angan yang kedua iaitu nak beli asset yang paling penting bagi semua orang.. Angan-angan aku yang kedua ialah.. nak beli rumah sendiri...
Ohoooiiiiii, sapa yang tak nak rumah sendiqi oiii!!!! Aku sendiqi pun nak rumah.. Rumah untuk berehat, bersantai, tidoq ( semestinya) , memasak,... macam-macam lagi laa boleh wat dekat rumah. Aku punya impian kan, kalau dapat rumah...nak rumah yang macam nie.

 Jeng..jeng..jeng...

Bukan main besar angan-angan aku kan? Hehehe.. Nie contoh gambar aku cilokk dari google.. Ni contoh rumah yang memang aku duk idam-idamkan sejak 2 tahun lepas... Yang paling penting, dalam rumah tu.. Angan-angan dapat rumah dapur besaq gedabak dan luasss.... Contohnya macam gambar kat bawah ni.


 Haaaaa..Nampak takk bukan main berangan lagi aku nak dapur macam nie.. Cuma kabinet kecik tengah-tengah dalam gambaq tu, aku nak yang lebih besaq lagi supaya dapat breakfast kat situ..and satu lagi dapat wat kerja nak memotong buah ka, sayur ka nak prepare bahan-bahan untuk masak... Chewahh... kemain lagi kan aku nie.. Impian sampai ke langit...  Ni lah benda paling utama aku nak, bila dah dapat umah sebuah kat aku... 

Second thing aku nak dalam umah is bilik air macam kat hotel-hotel tuu... Bilik air yang kering, takdak basah-basah lantai... Especially bilik air dalam bilik tidur aku laa kan...


Okay, kita pergi ke seterusnya.. Ketiga, benda penting aku nak bila dah ada umah sebijik, aku nakkan sebuah bilik untuk letak baju aku, beg aku, kasut, tudung..segala mak nenek laa.. macam wardrobe room or closet..


Next plan when aku dah dapat umah is sebuah bilik untuk aku wat kerja dan untuk aku nak read apa-apa buku..




 

Lepas tu, aku nak satu kitchen coffee bar dekat tingkat atas di tengah-tengah antara satu bilik dengan satu bilik yang lain. Dengan kitchen coffee bar, takyah dah lagi nak turun naik tangga wat air tengah-tengah malam kan... 

 

 Nampak tak.. habih satu rumah aku plan nak wat itu ini sedangkan kerja pun dak lagi nie, rumah pun tak dapat lagi beli.. Punya angan-angan aku nie seluas lautan yang entah dapat diterokai semua ke tak nie.. huhu..

 Itu baru rumah... Belum lagi masuk impian yang ketiga..  Impian aku yang ketiga adalah memiliki sebuah kereta. Kereta yang memang aku minat dari dulu sampai sekarang. Kereta import okay!!






Ni diaa kereta idaman gua.. Mini cooper john cooper works. Yang paling penting kereta tu warna merah. My favourite colour. Sebab tu aku namakan blog ni, cik bawang merah.. Hehehe... Nampak ja kereta ni kat mana-mana, sure aku pandang sampai hilang pada pandangan aku.. Punya obsess la aku dengan kereta ni.. 
Harga dia pun mencecah ratusan ribu ringgit kalau tak silap aku laa kan.. Entah bila la nak merasa miliki kereta macam nie pun tak tau laahh.. Huhu 

Setakat ni jelah angan-angan yang aku bina masa nie. Nak ada kerja tetap yang bagus, nak ada rumah dengan lengkap bermacam-macam benda.. dan jugak sebuah kereta... Tak salahkan aku nak berangan macam nie... Ada banyak sebab sebenarnya bila aku bina angan-angan macam nie.. Sebabnya tak leh nak ceritakanlah kat sini.. Hehe.. Sorry.. Hanya Allah saja yang tahu apa isi hatiku... 

Oklah..bye.. Assalamualaikum..

Friday, 21 August 2015

Cari Sudah Tapi Tak Jumpa. Rindu Pulak Makin Bertambah...

Assalamualaikum....dan selamat tgh mlm....
Dalam keadaan tengah  mengantuk, hati pulak terasa rindu... fikiranku sedang bercelaru..
Macam nie lah rasa bila terkenangkan kisah lalu...
Kisah apa?
Kisah  pasal 2 member lamaku....
Ya Allah... Tuhan saja yang tahu keadaanku sekarang..

Dh nak masuk tahun 2016 nie, dh hampir 15 tahun lost contact dengan depa dua nie. Depa nie kawan sekolah rendah aku... Kawan time darjah 2 & 3. Kawan sekolah rendah permatang to' kandu.. Kawan sekelas 2 mega dan 3 waja.. Time tu aku memang rapat dengan depa... Lelaki kedua-duanya... Seorang nama Tarmizi. Seorang lagi nama Faiz. Yg perempuan tak kawan sangat time tu sebab depa taknak kawan dengan aku.. (Sapalah kita time tu kan..huhu)

Apa yang aku ingat, aku suka main ligan2 dengan depa time waktu petang2 kt sekolah especially waktu Pendidikan Jasmani (PJ) . Time tu aku sekolah kena sesi petang punya...  Tarmizi yang aku kenal time tu, seoarang yg mata mcm sepet sikit, sederhana tinggi, berkulit cerah dan selalu pakai songkok pergi sekolah. Faiz pulak time tu aku kenal, dia seorang yg tinggi sikit dari Tarmizi, berbadan berisi sikit dan seorang yg berkulit hitam.. Muka pulak macam ada rupa mamak sikit..  Haha.. Perangai dia time tu mcm laki lembut sikit..haha..

Kita kenal dalam keadaan masa tu semua alat-alat untuk berhubung tak wujud lagi. Handphone nokia pun aku takdak lg... Dh masuk form 5 baru ada fon nokia sebijik utk aku...Itupun fon tu dah macam nyawa2 ikan... Kejap okay, kejap gelong... Okay la tu kan dari takdak langsung time tu... Facebook, wassap wechat..semua tu lagi laa tak wujud lagi time tuu.. Huhu..

Sekarang bila dah ada facebook semua... aku try search depa dua nie... tapi sedihnya aku tak jumpak.. Sebab salah satunya, aku tak ingat nama bapa depa dua... Itu yang memang menyukarkan keadaan aku nak mecari depa.. Selalunya orang akan letak nama bapa sekali so that senang orang lain nak caqi...

Dalam hati nie, timbul macam-macam  pertanyaan.. Paling selalu tertanya, "depa ingat tak lagi kt aku??"
"Depa pernah try caqi aku tak kt facebook ka apa ka macam aku duk caqi depa sampai sekarang??"
 "Depa ada kat mana sekarang?" "Tarmizi sekarang dah jadi seorang ustaz ka?" (Memandangkan dulu dia selalu pakai songkok kan.. haha ) " Faiz dah jadi gentleman ka sekarang?" "Depa nie dah blajar takat mana dah? Dah Kerja ka? Dah kawin ka? Dah ada anak ka?" Kadang-kadang tu pernah timbul soalan mcm nie..."Still hidup lagi ka dah mati?" Sampai teqa tuu aku punya pikiaq bila teringat pasal depa dua nie...Huhu

Dalam hati ni, Tuhan saja yang tahu..bagaimana aku rasa terdesak sangat nak tahu macam mana keadaan depa sekarang nie...

Ouh yaa, kenapa aku kata aku kawan dengan depa time darjah 2 & 3 sahaja? Sebab masa tu aku belum pindah sekolah lagi. Kita sendiqi manalah nak taw yang kita nak kena pindah lepas saja tamat persekolahan utk darjah 3. Kalau aku taw time tu.. sure aku mintak no fon umah depa dua nie sebelom pindah...

Seronok tengok orang lain dapat jumpak kawan-kawan lama depa dari tadika, dari sekolah rendah laa, kt facebook, kt luar, or kt mana-mana laa... Aku ja yang sampai sekarang still tak jumpak2 lagi kawan sekola rendah dari darjah satu sampai darjah tiga..  Sakit kepala bila duk pikir.. punya pikir mana nak caqi depa nie.huhu... Dah banyak kali aku berdoa pada Allah, moga aku dipertemukan dengan depa dua nie.. tapi sampai sekarang Allah belum makbulkan lagi doaku...

Aku harap sangat kalau depa terjumpak blog nie..dan tahu aku sedang caqi depa dari dulu sampai sekarang. I miss u guys..  U guys jelah kawan baik aku time tu..