Assalamualaikum...
Ingat yaa... Jangan dah assume aku nie orang kaya.. Kalau cakap macam tu.. siap la.. Aku cabai mulut tu dengan cabai melaka.. Ada paham?? Aku serius nie..
Hari ini aku nak cerita sikit laa.. Pasal life aku. Selalu bila orang taw atau tanya aku tinggal di mana, bila aku jawab aku tinggal di ***, sure orang terkejut. Orang akan kata aku nie anak orang kaya. Yer... memang aku akui, aku tinggal di kawasan perumahan yang jiran-jiran aku ada rumah mewah, kereta mewah.. Tapi tak semestinya aku tinggal di kawasan perumahan tuu tanda aku pun anak orang kaya.
Tengok rumah aku sendiqi dah laa... Lain dari lain.. Macam rumah orang tak berpenghuni.. Hahaha.. Awat aku cakap macam tu? Sebab rumah aku luar dia..takdak pokok lawa2.. ada satu dua ja.. Dulu ada pokok puding berpuluh-puluh jenis.. tapi semua habis mampuih... Kena penyakit.. Pokok pun ada penyakit macam orang jugak taw. Jangan wat main-main.. Hahaha...
Jangan kata pokok, pagar pun takdak.. Sampai anjing jiran depan rumah pernah terlepas masuk kawasan kediaman rumah aku.. Ish..ish..teruk kan.... Haha.. Tak tengok lagi dinding luar rumah dengan bumbung ada jugak bocor.. sampai bilik aku pun dah ada lubang-lubang kat siling..Mai hujan lebat sure basah lantai bilik.
Aku habaq semua nie bukan sebab aku nak heboh satu dunia semua cacat cela rumah aku. atau nak kata aku nie hidup teruk sangat. Tapi habaq sebab geram. Geram bila orang assume aku nie hidup macam princess. Kalau aku nie hidup macam princess, takdak lah rumah yang aku duk sekarang nie. Mesti 3 4 tingkat.. Tak gitu? Haha.
Handset yang aku pakai la nie pun mesti la iphone kalau betoi aku nie kaya raya.. Phone pun ada orang bagi.Orang bagi sebab dapat lucky draw. Tak dapat tu.. memang sampai la nie duk pakai fon keypad tu..
Hahaha... Belum tengok aku makan lg. Aku paling2 busuk makan dekat restoran mewah pun chicken rice shop. Itupun sekali. Yang banyak kali..kfc jelah.. Macdonald? Dah lama stop mkn or beli before satu Malaysia boikot secara besar-besaran lagi. Rasanya dah 2 tahun lebih tak makan Mekdi tuu..
Yang orang makan la nie dip n dip, blackwood laa apa ntah lagi tuu.. jgn kata tak pernah mkn... Jejak kaki pun dak.. Secret recipe ja sejak praktikal nie 2 kali beli kek dia.. Pakai duit elaun sendiri. Sebab nak celebrate birthday mak aku ngan anniversary parent memandangkan sebelum2 ini nak celebrate tapi takdak duit nak beli kek. Al maklumlah.. anak pakai duit mak ayah. So dpt duit pun cukup2 untuk makan minum sehari2 time belajar nie. Sebelum praktikal tu ada sekali dua la pernah mkn kek dia.. tapi jarang sgt lahh...
Nampak ja kan di luar, duk umah area org kaya.. Tapi life mcm orang duk kampung. Bukan nak kata aku tak puas hati dengan life aku sekarang. Aku lagi bersyukur ada laa.. Tak dapat nak bayang kalau mak abah aku nie tak strict orangnya. Tak control kewangan aku. Bagi ja apa yang aku nak.. Beli itu ini.. Aku rasa sure diri aku lingkup. Mesti dalam simpanan aku kosong. Habuk ja ada.
Sebenarnya apa yang aku nak tekankan di sini. Tak semua orang hidup di rumah area orang yang berada amalkan gaya hidup pun macam orang berada. Ada ja sesetengah orang style hidup biasa2 jaa.. Maybe hampa pikir macam tu sebab hampa tak pernah jumpak orang macam tu lagi di depan hampa kot. Bak kata omputih "Don't Judge Book By Its Cover?".
Bila style hidup di luar dan di dalam berbeza, pasti ada sebabnya. Macam aku, parent boleh saja nak bagi itu ini.. Tapi dia nak aku tahu macam mana susahnya nak dapat duit tu. Dan bukan mudah kita nak hidup dekat dunia la nie yang harga barang dan makan minum pun dah makin naik. Kalau orang yang hidup 20 lebih ke atas.. rasanya boleh nampak kot bezanya life dulu dan sekarang. Contoh macam nasi lemak daun pisang tu.. Dulu 50 sen, 30 sen jaa.. sekarang dah seringgit lebih. Taktaw la tahun depan naik berapa kupang pulak....
Ingat yaa... Jangan dah assume aku nie orang kaya.. Kalau cakap macam tu.. siap la.. Aku cabai mulut tu dengan cabai melaka.. Ada paham?? Aku serius nie..
Okay... setakat nie saja penulisan dari cik bawang merah. Hehe.. Good Night World. :)


