Assalamualaikum...
Rasanya semua orang dah tengok kan berita kat tv or baca dekat newspaper atau baca dekat internet pasal kekecohan kat Paris kan? Kekecohan yang bermula di Bataclan pada hari malam Jumaat. Time tu ramai orang duk tengok konsert kumpulan dari California.
Dalam kejadian tu ramai orang dalam ratus-ratusan jadi tebusan. After tu dapat diselamatkan. Yang pasti, dalam 70 orang macam tu mati terkorban akibat serangan tembakan dari kumpulan penambak itu.
Aku baca di harian metro mengatakan ada saksi terdengar ada penembak nie kata "This is for Syria". Sampai sekarang still dalam siasatan sama ada betul ke tak orang yang buat nie datang dari Syria.
Bagi pendapat aku la kann, mustahil ini angkara orang Syria. Sebabnya orang Syria rata-ratanya orang Islam. Mustahil orang Islam buat semua nie. Sebab Islam tak ajar umatnya lakukan pembunuhan nie. Bukan setakat Islam. Malah agama lain pun aku rasa macam tu. Tak ajar kita untuk bermusuhan antara satu sama lain.
Dunia sekarang dah tak aman. Dulu Palestin, Gaza, Iraq, Syria. Sekarang Paris pulak. Dah terlalu banyak dengar berita perang sana.. perang sini... For Malaysian, apa yang aku harapkan kita jadikan ini pengajaran untuk kita. Jangan jadi seperti penembak kt Paris tu. Tanpa pikir panjang, tembak sesuka hati orang awam.
Ingat... kalau nak balas dendam pun, ini bukan caranya. Sebab ini jadikan diri hampa tiada berperikemanusiaan langsung.
Bila kita nak balas dendam terhadap orang lain atas sesuatu perkara, kita tanya dalam diri kita dulu sebelum nak balas dendam tu. "Kalau aku balas dendam macam nie kat orang tu, adakah aku akan sangat rasa tenang dalam hati selepas itu?".
Fikir-fikirkan. Tanya diri, nilai diri, sendiri yang tahu hati sendiri. :)
Assalamualaikum dan selamat malam.
