Jom Naik Gi Jalan2... :)

Jom Naik Gi Jalan2...  :)

Sunday, 23 August 2015

My Dreams In The Future

Assalamualaikum w.b.t.

Di hari yang sekejap mendung sekejap panas ini, aku nak share sebuah cerita. Cerita tentang impian aku, angan-angan aku pada masa hadapan... Angan-angan yang harap akan menjadi realiti dalam hidupku suatu hari  nanti... Aminnn..

First aku punya impian adalah mempunyai kerja tetap dengan gaji yang agak lumayan laa.. Sapa yang tak nak gaji yang lumayan kan?? Hehe... Bila sebut jaa gaji yang lumayan, semua orang akan terbayang $$$$$ dalam kotak pikiran masing-masing... Ye idok??  Baik ngaku cepat!!!.. Haha..
  Okay...for me, kalau ada gaji yang lumayan cikit, bolelah nak pasang angan-angan yang kedua iaitu nak beli asset yang paling penting bagi semua orang.. Angan-angan aku yang kedua ialah.. nak beli rumah sendiri...
Ohoooiiiiii, sapa yang tak nak rumah sendiqi oiii!!!! Aku sendiqi pun nak rumah.. Rumah untuk berehat, bersantai, tidoq ( semestinya) , memasak,... macam-macam lagi laa boleh wat dekat rumah. Aku punya impian kan, kalau dapat rumah...nak rumah yang macam nie.

 Jeng..jeng..jeng...

Bukan main besar angan-angan aku kan? Hehehe.. Nie contoh gambar aku cilokk dari google.. Ni contoh rumah yang memang aku duk idam-idamkan sejak 2 tahun lepas... Yang paling penting, dalam rumah tu.. Angan-angan dapat rumah dapur besaq gedabak dan luasss.... Contohnya macam gambar kat bawah ni.


 Haaaaa..Nampak takk bukan main berangan lagi aku nak dapur macam nie.. Cuma kabinet kecik tengah-tengah dalam gambaq tu, aku nak yang lebih besaq lagi supaya dapat breakfast kat situ..and satu lagi dapat wat kerja nak memotong buah ka, sayur ka nak prepare bahan-bahan untuk masak... Chewahh... kemain lagi kan aku nie.. Impian sampai ke langit...  Ni lah benda paling utama aku nak, bila dah dapat umah sebuah kat aku... 

Second thing aku nak dalam umah is bilik air macam kat hotel-hotel tuu... Bilik air yang kering, takdak basah-basah lantai... Especially bilik air dalam bilik tidur aku laa kan...


Okay, kita pergi ke seterusnya.. Ketiga, benda penting aku nak bila dah ada umah sebijik, aku nakkan sebuah bilik untuk letak baju aku, beg aku, kasut, tudung..segala mak nenek laa.. macam wardrobe room or closet..


Next plan when aku dah dapat umah is sebuah bilik untuk aku wat kerja dan untuk aku nak read apa-apa buku..




 

Lepas tu, aku nak satu kitchen coffee bar dekat tingkat atas di tengah-tengah antara satu bilik dengan satu bilik yang lain. Dengan kitchen coffee bar, takyah dah lagi nak turun naik tangga wat air tengah-tengah malam kan... 

 

 Nampak tak.. habih satu rumah aku plan nak wat itu ini sedangkan kerja pun dak lagi nie, rumah pun tak dapat lagi beli.. Punya angan-angan aku nie seluas lautan yang entah dapat diterokai semua ke tak nie.. huhu..

 Itu baru rumah... Belum lagi masuk impian yang ketiga..  Impian aku yang ketiga adalah memiliki sebuah kereta. Kereta yang memang aku minat dari dulu sampai sekarang. Kereta import okay!!






Ni diaa kereta idaman gua.. Mini cooper john cooper works. Yang paling penting kereta tu warna merah. My favourite colour. Sebab tu aku namakan blog ni, cik bawang merah.. Hehehe... Nampak ja kereta ni kat mana-mana, sure aku pandang sampai hilang pada pandangan aku.. Punya obsess la aku dengan kereta ni.. 
Harga dia pun mencecah ratusan ribu ringgit kalau tak silap aku laa kan.. Entah bila la nak merasa miliki kereta macam nie pun tak tau laahh.. Huhu 

Setakat ni jelah angan-angan yang aku bina masa nie. Nak ada kerja tetap yang bagus, nak ada rumah dengan lengkap bermacam-macam benda.. dan jugak sebuah kereta... Tak salahkan aku nak berangan macam nie... Ada banyak sebab sebenarnya bila aku bina angan-angan macam nie.. Sebabnya tak leh nak ceritakanlah kat sini.. Hehe.. Sorry.. Hanya Allah saja yang tahu apa isi hatiku... 

Oklah..bye.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment