Sesekali bila aku log in fb, ternampak member post di fb, pasal kejayaan dia dalam akademik. Kejayaan kerana dapat tamatkan pelajaran dalam ijazah sarja muda bla bla bla...
Then scroll ke bawah lagi, nampak member yang lain pulak post pasal dia dah nak kawen....
Then scroll ke bawah lagi, ternampak member yang lain pulak post pasal dia dah beranak..
Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya, bila saat log in fb, then ternampak post-post sebegini, Ya Allah, bestnyaaa.. tengok member-member aku bahagia dengan kejayaan masing-masing.. Bahagia dapat mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing. Bahagia dapat mempunyai sebuah keluarga yang baru...
Kadang-kadang dalam hati nie, pernah terdetik.. "Ehhh, macam tak percaya jaa, yang kawan sebaya dengan aku dah habis belajar, dah nak kerja.. Dah nak kawen, dah ada anak.. Dah boleh jadi mak bapak dah.."
Rasa macam baru umur belasan tahun lagi... tapi realitinya, umur aku dah pun 20 something.. Huhu.. So tak boleh nak sangkal lagi, yang alam ke arah kedewasaan, kekeluargaan semakin dekat dengan aku sebenarnya.. Yaaa, hakikatnya, aku harus akui yang aku dah tergolong dalam kategori orang yang "dewasa" itu.. Huhu
Apa yang aku maksudkan, alam ke arah kedewasaan dan kekeluargaan nie maknanya orang itu dah kena lalui tahap apa yang mak ayah kita duk lalui dan hadapi sekarang nie. Kena pikir pasal kerja, kena pikir macam mana nak rancang kewangan kita supaya stabil in the future.. kena pikir pasal "kahwin". Oppsss..
Tapi bab kahwin tu... errrr.....maaf, yang tu aku memang takleh nak terima dalam life aku lagi. Sebab?
Sebabnya..... panjang cerita dia.. hahahaha... okay, tolak ketepi bab kahwin tuu.
Dah sampai masanya orang yang macam aku nie dah 20 lebih nie, dah kena serabutkan kepala otak untuk plan bila aku nak kerja.. Bila aku nak kerja tetap? Bila aku nak kumpul duit beli rumah? Bila aku nak kumpul duit beli kereta? Bila aku nak kumpul duit untuk sara mak bapa? Bila nak bersara?
Ehhh.. perlu ka nak plan bila nak bersara? Hellllooo, kena plan okay! KENA!!! Why?? Kalau hampa tak plan bila nak bersara, then macam mana nak bersara?
Tak paham?
Okay, macam nie... bila kita dah start kerja tetap.. kita kena plan bila kita nak pencen. Misalnya macam nie, contohnya, aku kata dalam hati aku yang aku nak pencen umor 45 tahun macam tuu.. sebabnya tak larat nak kerja lama2..stresskan kepala otak lama2... nak rehat sampai ke tua... Okay, boleh.. tapi kena buat sesuatu la nak pencen time umur 45 tahun tu.. Kena la save duit start dari first year kerja tetap tu sampai la last year hampa decide nak pencen tuu.. Why nak kena save pulak? Hampa ingat dengan duit pencen setiap bulan ja cukup untuk hampa makan minum setiap hari? Cukup untuk tampung kehidupan hampa after dah pencen? UNLESS kalau hampa anak datuk datin seri ke tak seri tuu... Itu 7 keturunan pun tak habis tawww...
Itu sebab kena plan bila nak pencen. Cuba kalau tak plan.. mai time dah tak larat.. sakit itu ini, nak pencen, tapi tengok saving dalam bank, Allahu... cukup tahan sebulan ja... terpaksa kena kerja jugak... Sampai bila kan kita nak kerja kan??? Unless kalau hampa memang betoi-betoi gila kerja sampai tak ingat dunia.. Itu taktaw nak kata apa dah laa.... Hahaha..
Okaylah.. sampai sini saja coretan dari aku, cik bawang merah..hehe.. (Jgn marahh...)
Assalamualaikum... ;)
No comments:
Post a Comment